Lady Smoker – anyone?

September 11, 2008 at 5:35 pm (self-evident truth) (, )

Entah kenapa, pagi ini aku teringat untuk meleraikan isu ini. Out of no reason. Out of curiosity. Persoalannya: Salah kah? Berdosa kah? Aku fikir, kalau bab2 dosa ini, jawapannya “Mungkin tidak” - jika ditanya kepada seorang muslim. Namun responnya mungkin menjadi “sangat tidak manis!” jika ditanya kepada musim melayu, khususnya.

Merokok dikalangan wanita merupakan satu stigma yang cukup menebal dikalangan orang kita. Aku juga terus terang, sekiranya ternampak seorang wanita (atau beberapa orang, selalunya.. wanita jarang gemar merokok seorang diri, rasaku!) merokok dengan terbuka di kawasan public aku juga akan menjadi Miss nosey-parker dan memandang-mandang. Don’t get me wrong. I have nothing against smokers. Especially women. Yang aku masih tak faham sampai sekarang, ada dikalangan wanita lain yang menjuihkan mulut, menjeling, malahan berbisik-bisik sesama mereka – mengutuk perempuan yang sedang merokok, depan-depan lagi! Aku kira, itu lebih berdosa daripada merokok itu sendiri.

 

Aku ada seorang kawan. Dia ini dikelilingi oleh kawan perempuan yang merokok sejak zaman remaja lagi. Setau aku, as far it concerns to lady smokers - dia tak pernah mengutuk, jauh lagi bersikap judgemental. Menyokong tidak, menghalang tidak.

 Seingat aku, dia itu.. ya! kawan aku itu seseorang yang dianggap baik pada awal zaman remajanya. (remaja di zaman 90an kalau tak pernah ke disko, tak pernah dating larut malam serta tidak merokok itu dikelaskan sebagai baik). Sehinggalah satu tragedi menimpa dirinya dipertengahan umur 20an, dia kehilangan cinta seorang lelaki. (kes biasa, ditipu dek suami orang).. saat itu dengarnya dia begitu buntu, terlalu buntu.. Sehinggakan dia telah memecahkan kesucian dirinya dengan melakukan sesuatu yang dia fikir tidak akan dilakukannya sampai bila-bila…. She had her first fag. Dunhil lagi! (cayala kawan!)

 Dan selepas itu, dengarnya lagi… rokok merupakan ejen anti depressant yang terbaik buatnya. Sehinggakan dia boleh meyakini suaminya sendiri, yang selama ini tak pernah tahu menahu tentang sejarah merokoknya – bahawa merokok boleh membuat dia berhenti membebel. Lau, sang suami terpaksa membenarkan. Classic!

 Kawan aku itu sudah punya anak kini. Pun, dia masih dengan habitualnya yang tak pernah terfikir untuk dia tinggalkan. Aku tanya jugak… kau tak takutke baby jadi apa-apa? “Rasa bersalah dan takut juga, sebenarnya.. which mother does not?” katanya.

But one thing, I don’t do it in public. Aku rasa aku lebih tertekan dengan pandangan dan jegilan mata ibu lain yang kononnya mengambil berat tentang keselamatan anak kecil, tapi suami di sebelah mengalahkan naga!”  Jawapannya berhenti di situ. Bertitik di situ. Nyata sangat, dia memilih untuk tidak membincangkannya.

 Harapan aku untuk sang wanita yang merokok. Fahamilah jika public (terutamanya wanita, atau ibu yang lain) tidak memahami kelakuan anda.

 

Harapan aku untuk wanita lain yang membenci serta skeptikal dengan perokok wanita. Anda tidak perlu menunjukkan contoh yang negatif untuk mempositifkan sesuatu keadaan.

Pautan Kekal Tinggalkan Komen