Bila Kau Tiada

September 12, 2008 at 4:15 pm (My Mood Track) ()

I always needed time on my own
I never thought I’d need you there when I cry
And the days feel like years when I’m alone
And the bed where you lie
is made up on your side

When you walk away
I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now?

When you’re gone
The pieces of my heart are missing you
When you’re gone
The face I came to know is missing too
When you’re gone
All the words I need to hear to always get me through the day
And make it OK
I miss you

I’ve never felt this way before
Everything that I do
Reminds me of you
And the clothes you left
they lie on my floor
And they smell just like you
I love the things that you do

When you walk away
I count the steps that you take

Do you see how much I need you right now?

When you’re gone
The pieces of my heart are missing you
When you’re gone
The face I came to know is missing too
And when you’re gone
The words I need to hear to always get me through the day
And make it OK
I miss you

We were made for each other
Out here forever
I know we were
Yeah Yeah

All I ever wanted was for you to know
Everything I do I give my heart and soul
I can hardly breathe, I need to feel you here with me
Yeah

When you’re gone
The pieces of my heart are missing you
When you’re gone
The face I came to know is missing too
When you’re gone
The words I need to hear will always get me through the day
And make it OK
I miss you

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Lady Smoker – anyone?

September 11, 2008 at 5:35 pm (self-evident truth) (, )

Entah kenapa, pagi ini aku teringat untuk meleraikan isu ini. Out of no reason. Out of curiosity. Persoalannya: Salah kah? Berdosa kah? Aku fikir, kalau bab2 dosa ini, jawapannya “Mungkin tidak” - jika ditanya kepada seorang muslim. Namun responnya mungkin menjadi “sangat tidak manis!” jika ditanya kepada musim melayu, khususnya.

Merokok dikalangan wanita merupakan satu stigma yang cukup menebal dikalangan orang kita. Aku juga terus terang, sekiranya ternampak seorang wanita (atau beberapa orang, selalunya.. wanita jarang gemar merokok seorang diri, rasaku!) merokok dengan terbuka di kawasan public aku juga akan menjadi Miss nosey-parker dan memandang-mandang. Don’t get me wrong. I have nothing against smokers. Especially women. Yang aku masih tak faham sampai sekarang, ada dikalangan wanita lain yang menjuihkan mulut, menjeling, malahan berbisik-bisik sesama mereka – mengutuk perempuan yang sedang merokok, depan-depan lagi! Aku kira, itu lebih berdosa daripada merokok itu sendiri.

 

Aku ada seorang kawan. Dia ini dikelilingi oleh kawan perempuan yang merokok sejak zaman remaja lagi. Setau aku, as far it concerns to lady smokers - dia tak pernah mengutuk, jauh lagi bersikap judgemental. Menyokong tidak, menghalang tidak.

 Seingat aku, dia itu.. ya! kawan aku itu seseorang yang dianggap baik pada awal zaman remajanya. (remaja di zaman 90an kalau tak pernah ke disko, tak pernah dating larut malam serta tidak merokok itu dikelaskan sebagai baik). Sehinggalah satu tragedi menimpa dirinya dipertengahan umur 20an, dia kehilangan cinta seorang lelaki. (kes biasa, ditipu dek suami orang).. saat itu dengarnya dia begitu buntu, terlalu buntu.. Sehinggakan dia telah memecahkan kesucian dirinya dengan melakukan sesuatu yang dia fikir tidak akan dilakukannya sampai bila-bila…. She had her first fag. Dunhil lagi! (cayala kawan!)

 Dan selepas itu, dengarnya lagi… rokok merupakan ejen anti depressant yang terbaik buatnya. Sehinggakan dia boleh meyakini suaminya sendiri, yang selama ini tak pernah tahu menahu tentang sejarah merokoknya – bahawa merokok boleh membuat dia berhenti membebel. Lau, sang suami terpaksa membenarkan. Classic!

 Kawan aku itu sudah punya anak kini. Pun, dia masih dengan habitualnya yang tak pernah terfikir untuk dia tinggalkan. Aku tanya jugak… kau tak takutke baby jadi apa-apa? “Rasa bersalah dan takut juga, sebenarnya.. which mother does not?” katanya.

But one thing, I don’t do it in public. Aku rasa aku lebih tertekan dengan pandangan dan jegilan mata ibu lain yang kononnya mengambil berat tentang keselamatan anak kecil, tapi suami di sebelah mengalahkan naga!”  Jawapannya berhenti di situ. Bertitik di situ. Nyata sangat, dia memilih untuk tidak membincangkannya.

 Harapan aku untuk sang wanita yang merokok. Fahamilah jika public (terutamanya wanita, atau ibu yang lain) tidak memahami kelakuan anda.

 

Harapan aku untuk wanita lain yang membenci serta skeptikal dengan perokok wanita. Anda tidak perlu menunjukkan contoh yang negatif untuk mempositifkan sesuatu keadaan.

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Aku dan Dunia Baru

September 10, 2008 at 4:42 pm (My Mood Track) ()

Pagi tadi tak sabar-sabar rasanya aku rasakan untuk mengemaskinikan blog baru aku ini. Seolah banyak benar perkara yang ingin diperkatakan, dikongsikan dengan entah siapa orang di luar sana.. Setakat ini, kewujudan weblog ini masih rahsia. Masih belum ada orang yang aku kabarkan tentang perkembangan penglibatanku dalam dunia web ini..

 

Sesampainya di pejabat tadi (agak awal sebenarnya walaupun pagi tadi susah benar untuk tidur sesudah subuh; menyebabkan aku liat betul untuk tinggalkan katil!); jemariku ini gatal sangat hendak menekan ikon explorer dan menjelajah ke dunia baruku itu. Tetapi akhirnya aku berjaya mendisiplinkan diri dan menegaskan hati: “masa kau di sini di bayar.. walau bukan banyak, walau kurang setimpal; kau harus memberi juga!” Jadi aku matikan niatku untuk menerjah ke dunia baru dan melontarkan isi minda yang bertakung dalam kepala sejak pagi tadi. Aku pindahkan keterujaan itu kepada isi minit mesyuarat semalam yang cukup ‘caca merba perbincangannya’ lalu menaipnya ke dalam komputer ku supaya ianya boleh disemak oleh superior ku yang ‘buta paperwork’ itu. Agar dia boleh menggunakan segala pembentangan isiku untuk melonjakkan namanya di mata superior nya pula. Begitulah. Resam mentimun. 

 

…..Benar agak aku, walau banyak mana air dalam kolam.. kalau dibiar tak bercuci akan berkarat, kalau ditinggal tak berhujan akan kontang juga. Macam itu juga idea-idea aku yang kuanggap segar betul pagi tadi. Pelbagai topik bermain difikiran untuk diperdebatkan dengan diri. Tapi itulah, dek kerana terlepa dan tertangguh.. segala isi minda macam sudah hilang. Jadinya sekarang, aku kembali kepada apa yang kuperkatakan di awal tulisan. Tiada apa-apa sebenarnya

Pautan Kekal 1 Komen

YANG PERTAMA DALAM BELASAN JILID

September 9, 2008 at 5:09 pm (self-evident truth)

Tulisan hari ini merupakan tulisan yang pertama dalam blog yang di naungi oleh jenama Word Press ini. Tapi kalau nak dikira berapa banyak tulisan dan berapa blog yang telah aku ceburi sebelum ini, rasanya banyak sudah. Mengapa, ya.. tidak aku maintain satu ruang sahaja untuk menterjemahkan kata-kata mindaku ini? Mungkin sebab aku masih belum jumpa satu tempat yang cukup untuk menyimpan dan mengatup segalanya dalam satu masa. Mungkin aku belum dapat membiasakan diri dengan aktiviti ‘blogging’ ini. Mungkin juga kalau bukan kerana nasihat abang angkat tersayang, aku masih melakukan perkara yang sama. Sana sini ada entry. Hinggakan tak tau yang mana ingin aku konsentrasikan.
 
Hari ini aku ingin berbicara tentang pakaian ke tempat kerja. Aku ini boleh dikelaskan sebagai golongan yang ‘agak bernasib baik’ dalam soal ini sebabnya di tempat kerja aku ini tak ada sebarang garis panduan yang bertulis tentang ‘Do’s and Dont’s in your office attire’. Asal kemas, asal tidak menjolok mata dan tidaklah semestinya harus formal. Kami berada dikelompok golongan yang digelar Usahawan, jadi profesionalisme merupakan satu tagline yang aku kira begitu overrated. Yang ironinya, disebabkan pelanggan-pelanggan kami begitu profesional, bukan dek sikap tetapi lebih kepada penampilan luaran; kami ini jadinya Less Dressed Up untuk mengelakkan diri mereka being over shadowed.!
Aku ni jenis orang yang suka tengok orang berpakaian cantik. Pada aku, cantik atau tidak rupa paras seseorang itu sememangnya tidak dapat ditutup tapi cantik penampilan dapat meletakkan seseorang di kedudukan yang berbeza. Sementelah sukakan gayaan pakaian (dari hujung rambut ke kaki) aku juga sememangnya gemar berpakaian menarik. Sayang, di  negara ini, wanita2 yang bersaiz Plus tidak banyak pilihan pakaian yang cantik DAN mampu dimiliki. Sekurang-kurangnya oleh seorang yang seperti aku. Juga poket aku tidak semeriah dulu untuk meriaskan diri. Sayang lagi!
 
 
 
 

 

 

 

 

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

« Previous page