Sisipan terbaru setelah sekian lama..
Sudah lama tak bermono-blog. Keinginan ada. Kesempatan.. adakalanya. Cuma kesampaian, tiada. Sedar dan tidak, sudah 6 bulan berlalu semenjak kali terakhir aku menjengah kesini. Writing is always been my passion. Tapi sejak kebelakangan ini aku tak betah menulis. Idea itu sering beku. Entah kenapa.
Kehidupan aku secara amnya.. tiada banyak yang berubah. Permata hatiku yang sulung itu.. masih belum bisa memanggil mummy dan babah.. walau begitu banyak juga telatahnya yang sudah berkembang menunjukkan kecerdikannya. And his eye-contact juga sudah jauh lebih banyak berbeza dari dahulu. Si adik pula makin membesar dan bijak dari hari sehari. Terutama ketawanya itu.. membuat sesiapa sahaja merinduinya!
Aku? Sejak dua tahun sudah… keluhannya makin sama..Dan sejak kebelakangan ini, aku fikir aku sudah mula didatangi simptom-simptom itu. Aku sepatutnya sudah tahu untuk menganganinya. The only way to get better is to fight it on your own at the first place. Itu yang aku baca di dalam satu laman web untuk mereka-mereka yang seperti aku ini. Argggh. Bosan lagi. Cukuplah buat masa ini.
