Letih dan lelah

Ogos 12, 2009 at 11:22 pm (self-evident truth)

Hari ini benar-benar melelahkan. Entah, mungkin kerana perut yang sendat dek lauk asam pedas yang cukup enak waktu tengahari tadi. Beria-ia aku makan. Kenyang betul. Hingga terlupa resam yang sepatutnya.. berhenti makan sebelum kenyang.

Ataupun mungkin letih itu kerana kandunganku yang menginjak ke tiga bulan. Aduh.. bagaimanalah keadannya enam bulan yang akan datang. Doakan aku semoga segalanya sempurna hingga kepenghujung!

Penat juga mungkin dari masalah yang bertimpa-timpa dalam tugasanku… keputusan seringnya di tanganku, sedangkan kuasa ada pada tangan orang lain. Jadinya masalah tiada berpenghujung dan tidak hairan kalau masalah-masalah kerja itu bakal timbul lagi sebagai mimpi ngeri dalam tidurku hari ini.

Memikirkan itu, aku jadi penat lagi.

Kirim Komen