“When you are in mood – you’re in mood..!”

Ogos 11, 2009 at 10:23 pm (self-evident truth)

Itu bilang rakanku. Apabila aku melahirkan kegusaran sebelum memulakan tugas baru di tempat kerja yang baru. Katanya lagi, aku tak perlu risau dengan cabaran bidang tugas yang telah lama aku tinggalkan itu. Aku boleh catch up katanya. Aku tentunya dapat menyesuaikan diri dengan mudah walaupun cabangnya jauh lari daripada kerja-kerja aku yang sebelum ini. Bagi aku pula, sudah tentu aku gusar! Aku yang ‘pantang’ kepada kritikan dan suka lari daripada imperfection ini memang jarang gemarkan challenge!

Tapi itulah, seperti kata kawan ku tadi – “Jangan risau Ally, when you are in mood, you are in mood. Aku tau kau boleh buat. Aku tau kau boleh mengawal keadaan dan menguasai persekitaran kau – walau tercampak di mana-mana”.

Aduh. Begitu indah ungkapan. Terlalu tinggi pujian. Dan mampukah aku menerima dan menelan ekspektasi itu?

Pause.

Itu adalah perasaan dan harapan yang aku miliki – sebelum aku menerjah dan mengalami satu lagi fasa baru di dalam perjalanan karierku.

Lihat kembali tarikh akhir aku cuba meluah perasaan di dalam ruang setiaku ini. Ya, sebelum aku menyelami dunia pekerjaan baruku itu. 13 Disember 2008. Sudah 8 bulan! Sudah lapan bulan aku tidak menjenguk ruang rasa setiaku ini rupanya. Dan sudah lebih 8 bulan jugalah aku diselubungi dengan alasan kesibukan waktu yang memualkan.

Apa yang aku cuba sampaikan? Apa yg ingin aku luahkan?

Entah. It’s like meeting your long lost friend. You’ve got too many things to say, yet too speechless to even start a conversation.

Pada siapa yang kebetulan membaca.. maafkan aku jika kalian turut merasakan keserabutan ini.

8 bulan aku menyepi diri dan menyimpan rasa sendiri. Jika selama ini aku menggunakan ruang blog ini sebagai terapi mindaku… ibarat 8 bulanlah mindaku ini terperam dan terperap tanpa rawatan.
Bunyinya seolah pelik – cuma menaip dan bercerita hal yang bukan bukan… bisa dapat mententeramkan minda. Bunyinya mungkin pelik pada orang lain.. tetapi ianya berkesan pada aku. Monolog dengan diri sendiri ini adakalanya lebih bagus dari berkongsi pendapat dengan individu yang kadang-kalanya tidak memahami.

Well apa yang telah terjadi selama 8 bulan ini….? Just for the record dan berkongsi sisa memori yang ada…. biar aku catit satu-satu…

1. Aku secara rasminya menjadi ahli keluarga syarikat konglomerat antarabangsa yang tersisih kerana masalah disiplinku, dan pada masa yang sama terjebak dengan kesibukan tugas yang tiada berpenghujung.

2. Serentak dengan panggilan pekerjaan baru itu, aku berjaya mendapatkan seseorang untuk menjaga si permata hati sementara aku tiada di rumah. Not a perfect solution but at least manage to put my mind at ease despite of too many negative thoughts in my head

3. Babah akhirnya menemui companionnya. Dan akulah orang kuat di sebalik penyatuan itu. Demi menterjemahkan hasrat arwah bonda di tanah suci Allah. Alhamdulillah mereka tampak bahagia. Dan kami adik beradik tidak perlu mempelajari untuk menyayangi ‘ibu’ kami yang satu lagi itu – kerana dia memang ibu kedua kami!

4. Pertama kali si permata hati dirawat di hospital – tempat dia dilahirkan. Semua gara-gara kecuaian si penjaga. My biggest fear happened into reality!. Mujur tidak menjadi kes polis. Mujur kesabaranku kuat amat. Dan mujur permata hatiku kuat (dan degil!) dalam menangani insiden tersebut..

5. Episod depressi ku nyaris berulang! Aku sampai tidak hadir ke pejabat selama 2 minggu. Antaranya kerana pendarahan yang aku alami selepas disahkan mengandung – lalu aku meletakkannya sebagai miscarriage depression. Secara jujur? aku depress dengan tekanan kerja yang memualkan dan majikan yang tak bertimbang rasa! Akibatnya? aku hampir diberhentikan. Disebabkan pihak pengurusan sumber manusia yang tidak mahu menerima apa jua alasanku, kerana tiada bukti yang kukuh!

….. Selepas 5 siri kisah yang berlainan dapat aku senaraikan… terfikir aku… di samping penyatuan babah dan makngah… apa lagi kisah bahagia yang telah aku lalui?
Mungkin, dek kerana terlalu besar impak peristiwa pahit yang aku alami… jadinya, kisah-kisah suka yang aku telah lalui.. tidak dapat aku ingati.

Biar aku fikir lagi.

Teringat satu kata yang pernah kujumpa: “Kebahagiaan itu tidak lahir dengan sendiri – sebaliknya, engkau lah yang perlu menciptanya satu-persatu!”

Masih mampukah aku menerbitkan sinar-sinar kebahagiaan itu semula?

Kirim Komen