Bicara Indah Ayat-Ayat Cinta
Lama, cukup lama aku tidak mengemaskini ruang diari mood milik Ally76 ini. Rindu, sangat rindu untuk bercerita dan bermonolog dengan diri walhal aku tau dalam waktu sama, ada juga insan-insan prihatin yang sudi singgah di ruangan ini untuk berkongsi kisah terkiniku.
Ruang kesempatan yang sempit beserta akses internet yang cukup terhad (aku cuma bole mengakses kalau di rumah babah) semenjak aku berhenti dari pekerjaan sebelum menginjak ke majikan yang baru membuatkan aku terpaksa berehat seketika. Ya, hampir 3 minggu aku berehat di rumah sambil memerhati dan menunjuk ajar pembantu yang baru saja aku gajikan, buat menjaga si permata hati. Syukur Ya Allah, kerana memberikan aku seseorang yang betah menjaga anak kecil di waktu ketiadaan aku pergi bekerja nanti.
Waktu cuti ku amat senggang. Kerja rumah sudah seratus peratus di alihkan kepada pembantu. Makan kami juga lebih berkhasiat dari dulu… maka tambah gemuklah aku yang sedia bulat ini! Selain itu, kami sekeluarga juga sudah punya hobi baru. Watch DVD movies!
Bermacam kisah layar perak aku tontoni. Mana tidak… bayar balik cerita2 yang dah terlepas semenjak confignment dulu! Sudah ada Emil, mana boleh keluar2 tengok wayang macam sebelum ni… banyak juga cerita best yang aku layan.. Ironman, Susuk (Amir Muhammad, Not bad!), Sex and The City, Tropic Thunder.. dan favourite aku sampai tengok dua kali – Transformers!
Tapi dalam bermacam cerita itu… ada satu kisah betul2 mengesankan untuk aku. Biasalah, minah mellow macam aku ni, pasti gemar sungguh kisah cinta. Dan bab2 kisah cinta ni, memang takde yang boleh kalahkan filem Indonesia! (sorry, filem Hindi tiada dalam senarai aku!) Kisahnya tentang seorang pelajar Al Azhar yang terperangkap dalam satu gelungan cinta yang rumit… (Ok, I was rephrasing its soundtrack lyric!) Tapi betul, cerita yang bertajuk ‘Ayat-Ayat Cinta’ itu betul2 mengesankan. Dua kali aku menontonnya. Mungkin ramai yang dah pernah tengok waktu ia ditayangkan di TV3 pada hari raya yang lepas. But what to do, I’ve missed it. So, aku beli DVDnya dan it really worth it.
Kisah itu pada aku, telah memberikan satu persepsi yang berbeza tentang cinta. Tentang poligami. Well, mendengar poligami dalam plotnya dulu buat aku cukup turn off untuk menjejak filem itu pada mulanya. Tapi dek kerana ulasan Ku Seman Ku Hussein (salah seorang pengulas filem yang aku percayai – well at least – he shared my taste in film) dalam akhbar migguan melayu yang menyatakan betapa indahnya simetografi dan skrip yang terjalin; aku lantas betul2 nak cari filem itu.
Mesir, Sungai Nil, Cinta dan Jodoh. Kawan-kawan yang belum nonton – pergilah tengok. Bak kata babah aku selepas DVD nya aku pinjamkan pada beliau – “Best gille cerita tu…. Bikin nangis! Tapi untuk budak2 zaman sekarang yang bercinta dengan SMS, cerita ni memang takde makna!”
“Aku mengerti bahawa, cinta dan keinginan untuk memiliki itu, tidak sama!”
- - Maria, Ayat-Ayat Cinta
