Facebook!
Baru-baru ini, seminggu yang baru ini ketika giliranku tidur di rumah babah kerana abang bekerja syif malam – aku kembali dengan kegilaanku di depan PC. Selalunya laman web yang aku lawat merupakan di alamat2 yang tidak boleh dimasuki ketika waktu pejabat. Semua itu termasuklah ruang mencari kerja dan baru-baru ini, sebuah ruang laman yang dipanggil Facebook itu.
Sudah beberapa kali sebelumnya, aku telah menerima perlawaan maya untuk masuk ke gerbang rangkaian sosial itu. Aku mulanya tak berminat langsung sebab tidak ada sebab bagiku untuk melibatkan diri. Apalah seronoknya bernetworking kalau tak ada sebab. Cukuplah rakan-rakan messenger ku yang terhad dan sedia ada itu.
Tapi, bila semua kawan2 ku memperkatakan tentangnya (‘kau ada facebook tak?’ – Nadia.) aku mulai curious. Come on, kalau orangnya seperti Nadia yang tidak suka berpeleseran di internet itu turut memiliki facebook nya sendiri, tertinggal ya amat la aku. Mesti ada sesuatu yang menarik sehinggakan Nadiapun boleh bercakap tentangnya.
Dan ya, facebook memang menarik. Menarik aku mengadap PC sambil membiarkan Emil terbaring di tepi komputer sambil merengek-rengek meminta angkat. Menarik aku sehingga waktu tidurku teranjak ke jam 12.30pagi sampai tak dapat melayan abang di dinihari.
Apa yang membuatkan facebook itu sangat menarik adalah kerana ia mengumpulkan rangkaian teman-teman lama yang telah hilang dan ada di antaranya, yang langsung tidak kita sangka akan ketemu kembali. It’s like lost and found column! Teringat aku tentang kisah los en faun aku dengan Odee yang pernah dipisahkan oleh takdir dan ditemukan semula oleh takdir juga (3 kali tu, Bro!) sebelum ini. Jadi dengan adanya kemudahan Facebook ini, kami tidak mungkin akan berpisah lagi. Contoh. Ye tak?
Untuk ini, aku berterima kasih sekali lagi kepada teknologi informasi. Biar aku masih terkebil-kebil mempelajarinya, namun kurang-kurang, setakat ini ia telah memberikanku lebih daripada yang aku harapkan. Tidak kira atas urusan kerja atau untuk bersosial – dunia internet boleh dikatakan ada segalanya.
Dan sekarang aku boleh juga tanyakan – “You ada Facebook ?”

Odee berkata,
Oktober 9, 2008 pada 1:59 pm
hai sis,
Blood on blood, one on one, we’d still be standing, when all was said and done and I’ll be here for you till Kingdom come…
ALLysh berkata,
Oktober 15, 2008 pada 5:40 pm
It will have blood, they say; blood will have blood. ..
Thank you, bro… for always being there for me; no matter who, what and where I am. And of course, being a brother that I’d always wish for…