Aku dan Dunia Baru

September 10, 2008 at 4:42 pm (My Mood Track) ()

Pagi tadi tak sabar-sabar rasanya aku rasakan untuk mengemaskinikan blog baru aku ini. Seolah banyak benar perkara yang ingin diperkatakan, dikongsikan dengan entah siapa orang di luar sana.. Setakat ini, kewujudan weblog ini masih rahsia. Masih belum ada orang yang aku kabarkan tentang perkembangan penglibatanku dalam dunia web ini..

 

Sesampainya di pejabat tadi (agak awal sebenarnya walaupun pagi tadi susah benar untuk tidur sesudah subuh; menyebabkan aku liat betul untuk tinggalkan katil!); jemariku ini gatal sangat hendak menekan ikon explorer dan menjelajah ke dunia baruku itu. Tetapi akhirnya aku berjaya mendisiplinkan diri dan menegaskan hati: “masa kau di sini di bayar.. walau bukan banyak, walau kurang setimpal; kau harus memberi juga!” Jadi aku matikan niatku untuk menerjah ke dunia baru dan melontarkan isi minda yang bertakung dalam kepala sejak pagi tadi. Aku pindahkan keterujaan itu kepada isi minit mesyuarat semalam yang cukup ‘caca merba perbincangannya’ lalu menaipnya ke dalam komputer ku supaya ianya boleh disemak oleh superior ku yang ‘buta paperwork’ itu. Agar dia boleh menggunakan segala pembentangan isiku untuk melonjakkan namanya di mata superior nya pula. Begitulah. Resam mentimun. 

 

…..Benar agak aku, walau banyak mana air dalam kolam.. kalau dibiar tak bercuci akan berkarat, kalau ditinggal tak berhujan akan kontang juga. Macam itu juga idea-idea aku yang kuanggap segar betul pagi tadi. Pelbagai topik bermain difikiran untuk diperdebatkan dengan diri. Tapi itulah, dek kerana terlepa dan tertangguh.. segala isi minda macam sudah hilang. Jadinya sekarang, aku kembali kepada apa yang kuperkatakan di awal tulisan. Tiada apa-apa sebenarnya

1 Komen

  1. chahaya_dreams berkata,

    kerja oh kerja…
    kehidupan yg perlu ditelan setiap hari…apa kan daya jika wang menjadi kehidupan itu suatu perjudian maka diwajibkan kita memperjudikan berhempas pulas untuk dijadikan suatu kehidupan..

    xoxo

Kirim Komen