Aku dan Dunia Baru

September 10, 2008 at 4:42 pm (My Mood Track) ()

Pagi tadi tak sabar-sabar rasanya aku rasakan untuk mengemaskinikan blog baru aku ini. Seolah banyak benar perkara yang ingin diperkatakan, dikongsikan dengan entah siapa orang di luar sana.. Setakat ini, kewujudan weblog ini masih rahsia. Masih belum ada orang yang aku kabarkan tentang perkembangan penglibatanku dalam dunia web ini..

 

Sesampainya di pejabat tadi (agak awal sebenarnya walaupun pagi tadi susah benar untuk tidur sesudah subuh; menyebabkan aku liat betul untuk tinggalkan katil!); jemariku ini gatal sangat hendak menekan ikon explorer dan menjelajah ke dunia baruku itu. Tetapi akhirnya aku berjaya mendisiplinkan diri dan menegaskan hati: “masa kau di sini di bayar.. walau bukan banyak, walau kurang setimpal; kau harus memberi juga!” Jadi aku matikan niatku untuk menerjah ke dunia baru dan melontarkan isi minda yang bertakung dalam kepala sejak pagi tadi. Aku pindahkan keterujaan itu kepada isi minit mesyuarat semalam yang cukup ‘caca merba perbincangannya’ lalu menaipnya ke dalam komputer ku supaya ianya boleh disemak oleh superior ku yang ‘buta paperwork’ itu. Agar dia boleh menggunakan segala pembentangan isiku untuk melonjakkan namanya di mata superior nya pula. Begitulah. Resam mentimun. 

 

…..Benar agak aku, walau banyak mana air dalam kolam.. kalau dibiar tak bercuci akan berkarat, kalau ditinggal tak berhujan akan kontang juga. Macam itu juga idea-idea aku yang kuanggap segar betul pagi tadi. Pelbagai topik bermain difikiran untuk diperdebatkan dengan diri. Tapi itulah, dek kerana terlepa dan tertangguh.. segala isi minda macam sudah hilang. Jadinya sekarang, aku kembali kepada apa yang kuperkatakan di awal tulisan. Tiada apa-apa sebenarnya

Pautan Kekal 1 Komen

Home Sweet Home

Ogos 16, 2009 at 5:17 pm (self-evident truth)

Minggu ini merupakan minggu pertama episodku di ‘rumah baru’. Ya, aku sudah berpindah. Berpindah keluar dari rumah sewa yang hampir dua tahun aku diami bersama keluarga kecilku. Memang banyak memori yang tidak dapat terlupakan di rumah yang sempit itu… Saat aku sukar tidur lena waktu sarat mengandungkan Emil; Saat kami berangkut dari rumah itu ke rumah babah waktu abang kerja pada shif malam…. juga saat menahan panas dari terik matahari yang memancar terus ke muka, andai kami bangun agak lewat dari biasa…. Segala itu menyertai kenangan-kenangan lain yang kami kumpul selama lebih dari setahun di situ. Dari sebuah rumah yang usang, sunyi, semak dan tidak terjaga.. bertukar kepada satu pondok indah buat kami sekeluarga, hasil dari jerih abang. Dan kini kami telah tinggalkan segalanya.

Rumah baru yang ku diami ini bukanlah baru bagi aku sebenarnya. Bahkan, rumah ini terlalu sebati dalam duniaku. Ia memang tempat yang baru aku duduki selepas dua tahun hidup menyewa. Tetapi rumah baru ini tempat jatuh mainku sejak kecil. I moved to my dad’s crib! Dan ia juga rumahku sendiri.

Sudah lama aku tidak merasakan keselesaan ini. Rumah ini yang menyimpan seribu satu kenangan… Terima kasih, babah kerana membenarkan kami tinggal di sini sementara menunggu rumah kami siap dibina.. Terima kasih juga kerana memberikan aku ruang untuk mencipta lebih banyak kenangan di sini!

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Letih dan lelah

Ogos 12, 2009 at 11:22 pm (self-evident truth)

Hari ini benar-benar melelahkan. Entah, mungkin kerana perut yang sendat dek lauk asam pedas yang cukup enak waktu tengahari tadi. Beria-ia aku makan. Kenyang betul. Hingga terlupa resam yang sepatutnya.. berhenti makan sebelum kenyang.

Ataupun mungkin letih itu kerana kandunganku yang menginjak ke tiga bulan. Aduh.. bagaimanalah keadannya enam bulan yang akan datang. Doakan aku semoga segalanya sempurna hingga kepenghujung!

Penat juga mungkin dari masalah yang bertimpa-timpa dalam tugasanku… keputusan seringnya di tanganku, sedangkan kuasa ada pada tangan orang lain. Jadinya masalah tiada berpenghujung dan tidak hairan kalau masalah-masalah kerja itu bakal timbul lagi sebagai mimpi ngeri dalam tidurku hari ini.

Memikirkan itu, aku jadi penat lagi.

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

“When you are in mood – you’re in mood..!”

Ogos 11, 2009 at 10:23 pm (self-evident truth)

Itu bilang rakanku. Apabila aku melahirkan kegusaran sebelum memulakan tugas baru di tempat kerja yang baru. Katanya lagi, aku tak perlu risau dengan cabaran bidang tugas yang telah lama aku tinggalkan itu. Aku boleh catch up katanya. Aku tentunya dapat menyesuaikan diri dengan mudah walaupun cabangnya jauh lari daripada kerja-kerja aku yang sebelum ini. Bagi aku pula, sudah tentu aku gusar! Aku yang ‘pantang’ kepada kritikan dan suka lari daripada imperfection ini memang jarang gemarkan challenge!

Tapi itulah, seperti kata kawan ku tadi – “Jangan risau Ally, when you are in mood, you are in mood. Aku tau kau boleh buat. Aku tau kau boleh mengawal keadaan dan menguasai persekitaran kau – walau tercampak di mana-mana”.

Aduh. Begitu indah ungkapan. Terlalu tinggi pujian. Dan mampukah aku menerima dan menelan ekspektasi itu?

Pause.

Itu adalah perasaan dan harapan yang aku miliki – sebelum aku menerjah dan mengalami satu lagi fasa baru di dalam perjalanan karierku.

Lihat kembali tarikh akhir aku cuba meluah perasaan di dalam ruang setiaku ini. Ya, sebelum aku menyelami dunia pekerjaan baruku itu. 13 Disember 2008. Sudah 8 bulan! Sudah lapan bulan aku tidak menjenguk ruang rasa setiaku ini rupanya. Dan sudah lebih 8 bulan jugalah aku diselubungi dengan alasan kesibukan waktu yang memualkan.

Apa yang aku cuba sampaikan? Apa yg ingin aku luahkan?

Entah. It’s like meeting your long lost friend. You’ve got too many things to say, yet too speechless to even start a conversation.

Pada siapa yang kebetulan membaca.. maafkan aku jika kalian turut merasakan keserabutan ini.

8 bulan aku menyepi diri dan menyimpan rasa sendiri. Jika selama ini aku menggunakan ruang blog ini sebagai terapi mindaku… ibarat 8 bulanlah mindaku ini terperam dan terperap tanpa rawatan.
Bunyinya seolah pelik – cuma menaip dan bercerita hal yang bukan bukan… bisa dapat mententeramkan minda. Bunyinya mungkin pelik pada orang lain.. tetapi ianya berkesan pada aku. Monolog dengan diri sendiri ini adakalanya lebih bagus dari berkongsi pendapat dengan individu yang kadang-kalanya tidak memahami.

Well apa yang telah terjadi selama 8 bulan ini….? Just for the record dan berkongsi sisa memori yang ada…. biar aku catit satu-satu…

1. Aku secara rasminya menjadi ahli keluarga syarikat konglomerat antarabangsa yang tersisih kerana masalah disiplinku, dan pada masa yang sama terjebak dengan kesibukan tugas yang tiada berpenghujung.

2. Serentak dengan panggilan pekerjaan baru itu, aku berjaya mendapatkan seseorang untuk menjaga si permata hati sementara aku tiada di rumah. Not a perfect solution but at least manage to put my mind at ease despite of too many negative thoughts in my head

3. Babah akhirnya menemui companionnya. Dan akulah orang kuat di sebalik penyatuan itu. Demi menterjemahkan hasrat arwah bonda di tanah suci Allah. Alhamdulillah mereka tampak bahagia. Dan kami adik beradik tidak perlu mempelajari untuk menyayangi ‘ibu’ kami yang satu lagi itu – kerana dia memang ibu kedua kami!

4. Pertama kali si permata hati dirawat di hospital – tempat dia dilahirkan. Semua gara-gara kecuaian si penjaga. My biggest fear happened into reality!. Mujur tidak menjadi kes polis. Mujur kesabaranku kuat amat. Dan mujur permata hatiku kuat (dan degil!) dalam menangani insiden tersebut..

5. Episod depressi ku nyaris berulang! Aku sampai tidak hadir ke pejabat selama 2 minggu. Antaranya kerana pendarahan yang aku alami selepas disahkan mengandung – lalu aku meletakkannya sebagai miscarriage depression. Secara jujur? aku depress dengan tekanan kerja yang memualkan dan majikan yang tak bertimbang rasa! Akibatnya? aku hampir diberhentikan. Disebabkan pihak pengurusan sumber manusia yang tidak mahu menerima apa jua alasanku, kerana tiada bukti yang kukuh!

….. Selepas 5 siri kisah yang berlainan dapat aku senaraikan… terfikir aku… di samping penyatuan babah dan makngah… apa lagi kisah bahagia yang telah aku lalui?
Mungkin, dek kerana terlalu besar impak peristiwa pahit yang aku alami… jadinya, kisah-kisah suka yang aku telah lalui.. tidak dapat aku ingati.

Biar aku fikir lagi.

Teringat satu kata yang pernah kujumpa: “Kebahagiaan itu tidak lahir dengan sendiri – sebaliknya, engkau lah yang perlu menciptanya satu-persatu!”

Masih mampukah aku menerbitkan sinar-sinar kebahagiaan itu semula?

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Bicara Indah Ayat-Ayat Cinta

November 22, 2008 at 5:10 pm (self-evident truth)

Lama, cukup lama aku tidak mengemaskini ruang diari mood milik Ally76 ini. Rindu, sangat rindu untuk bercerita dan bermonolog dengan diri walhal aku tau dalam waktu sama, ada juga insan-insan prihatin yang sudi singgah di ruangan ini untuk berkongsi kisah terkiniku.

Ruang kesempatan yang sempit beserta akses internet yang cukup terhad (aku cuma bole mengakses kalau di rumah babah) semenjak aku berhenti dari pekerjaan sebelum menginjak ke majikan yang baru membuatkan aku terpaksa berehat seketika. Ya, hampir 3 minggu aku berehat di rumah sambil memerhati dan menunjuk ajar pembantu yang baru saja aku gajikan, buat menjaga si permata hati. Syukur Ya Allah, kerana memberikan aku seseorang yang betah menjaga anak kecil di waktu ketiadaan aku pergi bekerja nanti.

Waktu cuti ku amat senggang. Kerja rumah sudah seratus peratus di alihkan kepada pembantu. Makan kami juga lebih berkhasiat dari dulu… maka tambah gemuklah aku yang sedia bulat ini! Selain itu, kami sekeluarga juga sudah punya hobi baru. Watch DVD movies!

Bermacam kisah layar perak aku tontoni.  Mana tidak… bayar balik cerita2 yang dah terlepas semenjak confignment dulu! Sudah ada Emil, mana boleh keluar2 tengok wayang macam sebelum ni… banyak juga cerita best yang aku layan.. Ironman, Susuk (Amir Muhammad, Not bad!), Sex and The City, Tropic Thunder.. dan favourite aku sampai tengok dua kali – Transformers!

Tapi dalam bermacam cerita itu… ada satu kisah betul2 mengesankan untuk aku. Biasalah, minah mellow macam aku ni, pasti gemar sungguh kisah cinta. Dan bab2 kisah cinta ni, memang  takde yang boleh kalahkan filem Indonesia! (sorry, filem Hindi tiada dalam senarai aku!) Kisahnya tentang seorang pelajar Al Azhar yang terperangkap dalam satu gelungan cinta yang rumit… (Ok, I was rephrasing its soundtrack lyric!) Tapi  betul, cerita yang bertajuk ‘Ayat-Ayat Cinta’ itu betul2 mengesankan. Dua kali aku menontonnya. Mungkin ramai yang dah pernah tengok waktu ia ditayangkan di TV3 pada hari raya yang lepas. But what  to do, I’ve missed it. So, aku beli DVDnya dan it really worth it.

Kisah itu pada aku, telah memberikan satu persepsi yang berbeza tentang cinta. Tentang poligami. Well, mendengar poligami dalam plotnya dulu buat aku cukup turn off untuk menjejak filem itu pada mulanya. Tapi dek kerana ulasan Ku Seman Ku Hussein (salah seorang pengulas filem yang aku percayai – well at least – he shared my taste in film) dalam akhbar migguan melayu yang menyatakan betapa indahnya simetografi dan skrip yang terjalin; aku lantas betul2 nak cari filem itu.

Mesir, Sungai Nil, Cinta dan Jodoh. Kawan-kawan yang belum nonton – pergilah tengok.  Bak kata babah aku selepas DVD nya aku pinjamkan pada beliau – “Best gille cerita tu…. Bikin nangis! Tapi untuk budak2 zaman sekarang yang bercinta dengan SMS, cerita ni memang takde makna!”

 

“Aku mengerti bahawa, cinta dan keinginan untuk memiliki itu, tidak sama!”

  • - Maria, Ayat-Ayat Cinta

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Kadangkala….

Oktober 20, 2008 at 10:17 am (My Mood Track) ()

Entah kenapa, sejak semalam, aku dirundung keletihan minda, fikiran dan semangat yang amat. Rasa malas betul ingin memulakan hari minggu. Tengaharinya panas sungguh, aku tambah malas untuk bangun lagi untuk menyiapkan si permata hati.

Mujur abang mengerti. Dia pun tidaklah memaksa. Mulanya dia cadang masak yang ringkas-ringkas aja, tapi bila tengok aku mula kerut dahi dan mata asyik memandang TV; abang kata kita makan nasi bungkus, ok?

Lepas makan, permata hati merengek-rengek minta dipegang. Aduh! Aku belum mandikan dia lagi!! Kesian sayang mummy, kenapalah dengan mummy harini.. selalunya, kalau waktu cuti, mummy takkan lengahkan peluang mandikan dia! Cebur-cebur air di bath tub ditepuk-tepuk oleh anak yang sudah pandai bermain itu.. Tapi hari ini, entahlah…. perasaan letih lebih menguasai diri.

Jadi, daddynya lah yang mengulit permata hati sepanjang petang. Hasrat untuk kerumah mentua, tertangguh. Kesian mak.. mesti tertunggu-tunggu kepulangan cucu. Dan untuk permata hati pula, hari ini tercipta sejarah antara ayah dan anak.. daddy memandikan babynya kali pertama! Hmmm terima kasih dear.

Hari ini pula, kusangkakan perasaan mendung itu akan berakhir… namun masih juga berbaki rupanya. Pagi tadi aku susah betul inging bangun dari tilam.. beratnya hati, perasaan dan keinginan (juga badan, tentunya!) mujur, perit di tekak sudah berkurang. Ada sedikit tanda mahu diserang selsema tetapi hingga tengahari, simptomnya hilang sudah. Walaupun itu, saki baki perasaan mendung itu masih terbit hingga di hujung waktu pejabat.

 

Adakah itu petanda aku diserang mood dipressi?

Pautan Kekal 2 komen

Pengorbanan demi sebuah Perubahan

Oktober 18, 2008 at 1:23 pm (self-evident truth) (, )

Perubahan itu sukar. Dan bagi segelintir, ianya memeritkan. Perubahan menjadi lebih menyakitkan apabila seseorang itu sudah selesa dan terlalu biasa dengan keadaan yang sedia ada. Namun, perubahan itu sangat perlu andai ianya bertujuan untuk kebaikan dan kearah sesuatu yang lebih baik.

Setiap orang perlu melalui titik-titik perubahan di dalam kehidupan mereka. Yang menjadi persoalan, sejauh manakah perubahan itu bisa menjadikan seseorang itu lebih maju dan kehadapan - satu titik tolak daripada kedudukannya sebelum itu. Andai perubahan itu membawa dia ke satu tingkat graf yang menurun, maka rasanya – seluruh kehidupannya selepas itu akan dirundung satu belenggu kegusaran dan kebimbangan… apakah ada lagi satu keadaan yang lebih buruk selepas itu?

Aku juga sebagai manusia biasa yang melalui roda kehidupan aku sendiri; telah mengalami beberapa titik perubahan dalam hidup. Daripada seorang anak yang naif dan penurut, aku kemudiannya pernah melalui episod pemberontakan diri yang mengheret aku ke beberapa kenangan yang hari ini, aku klasifikan sebagai ‘saat mendung’ di dalam perjalanan hidup. Syukur, aku kira.. aku tidak pernah pula menyesal. Mungkin kerana memikirkan bahawa keterjadian tersebut memberikan aku pengalaman-pengalaman yang dapat mengajar serta mengingatkan aku supaya tidak pergi lagi ke situ. Yang sudah itu sudah. Apa yang pasti, pada saat hari ini, titik masa hari ini, aku sudah punya seorang suami yang menerima kekurangan diri dan menghadiahkan aku seorang permata hati yang menjadi sumber kekuatan harianku.

Kali ini, aku berdepan dengan satu lagi keputusan yang menagih perubahan. Perubahan itu pula menuntut pengorbanan walau ianya menjanjikan pulangan yang bakal menaikkan ‘graf kehidupanku’. Benar kata orang, segala pulangan baik itu, berbayar dan bukan percuma. Kehidupan itu juga bukanlah percuma, malahan berbayar. Usia yang meningkat merupakan satu ‘yuran’ yang telah ‘dicajkan’ oleh yang Esa kepada umatnya.   

Ingat kata-kata seorang kenalan yang menjawab apabila aku bercerita tentang pelan perubahan yang ingin aku laksanakan.

“Terpulang pada kau. Yang pasti semua perubahan ada pro dan kontra. Kau mungkin dapat apa yang kau mahu dan inginkan, tapi sebaliknya terpaksa menukarkan ia dengan apa yang kau ada selama ini..”

“Pada masa yang sama… fikirlah. Kau sudah cukup selesa dengan kedudukan kau sekarang. Apa yang kau ada kini, cukup-cukup. Tapi, everything is in portion..”

“Kalau kau pilih untuk berubah.. Keseimbangan yang kau ada hari ini pastinya berubah. Kau tidak lagi selesa seperti dulu. Yang cukup-cukup kau ada sebelum ini, terpaksa kau korbankan menjadi, lebih di sini dan kurang pula di situ.. tepuk dada, kau tanyalah selera!”.

Bergetar juga keyakinan aku dibuatnya. Itulah jadinya bila mulut ini senang sangat nak berkongsi cerita. Akibatnya, pendirian jadi goyah.

Jadi aku tanya kembali pada diri. Dan aku hampir temui jawapannya. Aku harus melalui perubahan itu, demi meningkatkan titik pada graf hidup. Ya, ia menuntut perubahan situasi dan selebihnya; pengorbanan diri.. Apapun aku yakin…selagi keputusanku itu diiringi restu dari sang suami serta niat yang sepenuhnya untuk melindungi serta membesarkan permata hatiku dengan selesa kerana yang Esa.. aku pasti, Dia akan menyuluh dan membimbingku.. seperti selalu.. saat aku tidur, jaga dan terleka!

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Menyelami Perubahan: Adopt, Adapt and Advance!

Oktober 9, 2008 at 5:07 pm (My Mood Track) (, )

Rasanya sudah lama sungguh aku tidak mengemaskinikan ruangan blog kepunyaan ally76 ini.. Asalnya daripada kesibukan menghadapi hari raya; aku akhirnya terperangkap di dalam masa aku sendiri. Ketandusan idea juga kadangkala menjadi penyumbang kepada kekurangan isi yang aku luahkan.

Pulang dari cuti hari raya yang panjang (yang kurasakan amat singkat, sebenarnya: Benar kata atuk, “Kalau Raya, seminggu bak sehari tapi kalau tiba bab puasa, nak habiskan seharipun terasa payah; mengapa?”) aku berasa cukup-cukup malas untuk memulakan  rutin  hari biasa. Mulanya aku fikir mungkin semua orang begitu; tapi rupa-rupanya - ada juga ramai yang mengambil sela yang panjang waktu cuti ini untuk ‘mengecaj balik bateri dalaman mereka’. Jadinya lepas cuti, ramai lah yang  berkobar-kobar… mana tugasan-tugasan lama yang sudah berkepuk di belakang almari dikumbah semula. Mana idea-idea lama yang telah ditolak mentah-mentah oleh boss, dikeluarkan semula dan diperbaharui untuk ditukarkan kepada idea yang segar dan baru. Konon! (Hmmm melalut lagi Ally!)

Entah, sejak setahun ini, aku seperti hilang semangat, keseronokan dan ah, keyakinan untuk bekerja. Ianya menakutkan, bunyinya – aku sendiri berkerut dahi selepas segalanya ditaip dan tiba-tiba kesedaran itu datang. Iya! Aku sudah tidak suka bekerja! Aku sudah tidak enjoy menjadi sebahagian daripada organisasi yang memberikan aku wang belanja tiap hujung bulan ini. Dan benar, apabila pekerjaan itu dianggap cuma sebagai tuntutan gaji, makanya berantakanlah karier seseorang itu. Bangun ke pejabat akan menjadi seolah-olah pergelutan untuk melepaskan rantai yang terikat di kaki akibat ditawan oleh sesuatu. Aku benci perasaan itu! Kerana yang pasti, aku orangnya yang bukan seperti itu!

Malu untuk mengakui yang aku sebenarnya sudah malu dengan diri sendiri. Belajar penuh jerih, memanjat tangga kerjaya dengan sesak dan akhirnya aku terkurung di dalam pekerjaan yang cukup malu untuk aku panggil karier ini. Yang pastinya, bukan aku sahaja kecewa dengan laluan kerjaya yang makin terkambus; babah dan teman rapat juga tertanya. Mana Ally yang pernah dibanggakan dulu?

Aku boleh meletakkan ‘serangan penyakit misteriku’ (mana yang tahu tentu sudah maklum) yang episodnya berulang tiap selang 3 tahun itu sebagai satu alasan. Aku juga boleh menyalahkan pihak pengurusan pejabat yang bersifat perkauman itu sebagai satu penyebab. Dan yang terkini, komitmen sebagai ibu sering aku letakkan sebagai satu ‘pagar’ untuk melangkah lebih jauh dalam penerokaan laluan karierku. Apapun sebab maupun alasan, yang nyata aku seolah telah tersasar daripada keazamanku sebelum ini.

Ada yang mengatakan - sebaiknya aku bersyukur kerana masih ada sumber wang dari poket sendiri. Buat apa beria-ia mengejar karier; mencari duit berkepuk-kepuk, kononnya - tapi tidak bahagia? Kadang kala, ada ketikanya.. kita perlu menerima yang seadanya sahaja untuk mempertingkatkan rasa tawakal dalam diri..

 Namun, seandainya lah.. jika kemampuan dan kelayakan yang kita miliki ini tidak setimpal dengan usaha dan keazaman yang dilakukan, sambil wang di dalam poket seringnya seringnya mengering di hujung bulan…. adakah sudah cukup untuk kita setakat duduk sambil sekadar bersyukur?

Aku bukan seperti itu. Aku tidak mahu menjadi apa yang aku sedang jadi sekarang!

Namun, at the end of the day… cukup beranikah aku, cukup kuat kah aku, untuk bertindak, menyesuaikan diri, lalu maju ke hadapan untuk berubah?

Pautan Kekal 2 komen

Facebook!

September 24, 2008 at 5:29 pm (happening) ()

Baru-baru ini, seminggu yang baru ini ketika giliranku tidur di rumah babah kerana abang bekerja syif malam – aku kembali dengan kegilaanku di depan PC. Selalunya laman web yang aku lawat merupakan di alamat2 yang tidak boleh dimasuki ketika waktu pejabat. Semua itu termasuklah ruang mencari kerja dan baru-baru ini, sebuah ruang laman yang dipanggil Facebook itu.

 Sudah beberapa kali sebelumnya, aku telah menerima perlawaan maya untuk masuk ke gerbang rangkaian sosial itu. Aku mulanya tak berminat langsung sebab tidak ada sebab bagiku untuk melibatkan diri. Apalah seronoknya bernetworking kalau tak ada sebab. Cukuplah rakan-rakan messenger ku yang terhad dan sedia ada itu.

 Tapi, bila semua kawan2 ku memperkatakan tentangnya (‘kau ada facebook tak?’ – Nadia.) aku mulai curious. Come on, kalau orangnya seperti Nadia yang tidak suka berpeleseran di internet itu turut memiliki facebook nya sendiri, tertinggal ya amat la aku. Mesti ada sesuatu yang menarik sehinggakan Nadiapun  boleh bercakap tentangnya.

 Dan ya, facebook memang menarik. Menarik aku mengadap PC sambil membiarkan Emil terbaring di tepi komputer sambil merengek-rengek meminta angkat. Menarik aku sehingga waktu tidurku teranjak ke jam 12.30pagi sampai tak dapat melayan abang di dinihari.

 Apa yang membuatkan facebook itu sangat menarik adalah kerana ia mengumpulkan rangkaian teman-teman lama yang telah hilang dan ada di antaranya, yang langsung tidak kita sangka akan ketemu kembali. It’s like lost and found column!  Teringat aku tentang kisah los en faun aku dengan Odee yang pernah dipisahkan oleh takdir dan ditemukan semula oleh takdir juga (3 kali tu, Bro!) sebelum ini. Jadi dengan adanya kemudahan Facebook ini, kami tidak mungkin akan berpisah lagi. Contoh. Ye tak?

 Untuk ini, aku berterima kasih sekali lagi kepada teknologi informasi. Biar aku masih terkebil-kebil mempelajarinya, namun kurang-kurang, setakat ini ia  telah memberikanku lebih daripada yang aku harapkan. Tidak kira atas urusan kerja atau untuk bersosial – dunia internet boleh dikatakan ada segalanya. 

 Dan sekarang aku boleh juga tanyakan – “You ada Facebook ?”

Pautan Kekal 2 komen

Antara yang kusayang

September 16, 2008 at 1:06 pm (My Mood Track) (, )

Aku ada banyak perkara, objek dan manusia yang aku sayang. Terlalu banyak hinggakan ada yang mungkin menganggap rasa sayang aku ini mudah dan murah. Tapi itu hakikatnya. Terlalu banyak ciptaan dan kurniaan yang Esa ini menjadi kesayangan aku.

 

Aku sayangkan kelulusan akademikku.

 

Aku sayangkan bunga-bunga kecil berwarna merah, putih, kuning dan unggu yang berkembang di laman rumah jiranku di waktu pagi.

 

Aku sayangkan kereta perodua merahku.

 

Aku sayangkan babah dan adik-adikku.

 

Aku sayang amat pada buah hatiku, abang dan Emil.

 

Aku sayangkan telifon bimbitku.

 

Aku sayangkan teman-teman rapatku.

Tapi sayang, bilangannya adalah amat, amat terhad.

 

Aku pernah menulis di dalam blog ‘inggeris’ ku yang satu lagi, mengenai teman-teman yang aku punyai. “Where all my friends go?” tajuknya.  Mengenai kebuntuan dan persoalan dalamanku tentang kemana hilangnya rakan-rakan yang satu waktu dulu pernah kubanggakan bilangannya. Satu ketika dulu, kemana saja aku pergi – pasti ada saja kawan yang menyapa di tengah perjalanan. Sampai adakala aku bertanya-tanya dengan ingatan – siapa agaknya nama dia ini? Tapi hari demi hari, bulan menginjak tahun, makin sukar aku temui rakan-rakan di jalanan. Bukan saja itu, ada di antara mereka menghilang begitu sahaja. Ada di antara mereka kudengar beritanya, tapi berita cuma setakat berita. Keakraban yang pernah terjalin hilang mcm tu sahaja, dibawa arus masa mungkin. Ada yang aku jumpa jejaknya, tapi sayang kemanisan persahabatan itu sudah tak sesedap dulu.

 

Ingat lagi, begitu mudah mengenal sahabat. Bahu tersinggung bahu dalam perjalanan ke kuliah; boleh menjadi kawan. Ketawa bertukar ketawa diatas jenaka yang difahami bersama, boleh mencetus hubungan kawan. Minat yang sama boleh membina satu ikatan, hubungan kawan yang kuat. Belajar di sekolah rendah yang sama, walhal sering bercakaran di zaman kanak-kanak; bila besar.. rapat sungguh sebagai kawan. Tiada syarat untuk menjadi seorang kawan. Tiada kondisi untuk membina persahabatan.

 

Mungkin, kerana ianya cukup mudah dibina; strukturnya juga agak rapuh agaknya. Cuma kerana beberapa sebab yang kabur dan kadang kala mungkin kerana tiada sebab -sesebuah persahabatan itu kadangkala akhirnya menemui noktah yang tak berpenghujung.

 

Tapi.. disebalik kerapuhan itu, ada satu yang aku percaya. Aku percaya, kawan yang baik akan kekal sepanjang hayat. Ramai kawan datang dan pergi, tetapi kawan yang baik akan tetap setia meneman baik buruk kehidupan yang kita ada. Dan Tuhan itu Maha Kaya dan Pemurah kerana menghadiahkan aku beberapa orang teman yang baik.

 

Dan aku ingin berterima kasih kepada semua kawan-kawan yang masih sudi menemani kehidupanku. Yang menampung aku di saat hari-hari jatuh ku. Yang memandang tinggi padaku walau hakikatnya, aku sudah tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat dibanggakan. Yang sama-sama ketawa dan bergembira di waktu suka ku.

 

Terima kasih kerana menerima insan yang pelik ini.

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Bila Kau Tiada

September 12, 2008 at 4:15 pm (My Mood Track) ()

I always needed time on my own
I never thought I’d need you there when I cry
And the days feel like years when I’m alone
And the bed where you lie
is made up on your side

When you walk away
I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now?

When you’re gone
The pieces of my heart are missing you
When you’re gone
The face I came to know is missing too
When you’re gone
All the words I need to hear to always get me through the day
And make it OK
I miss you

I’ve never felt this way before
Everything that I do
Reminds me of you
And the clothes you left
they lie on my floor
And they smell just like you
I love the things that you do

When you walk away
I count the steps that you take

Do you see how much I need you right now?

When you’re gone
The pieces of my heart are missing you
When you’re gone
The face I came to know is missing too
And when you’re gone
The words I need to hear to always get me through the day
And make it OK
I miss you

We were made for each other
Out here forever
I know we were
Yeah Yeah

All I ever wanted was for you to know
Everything I do I give my heart and soul
I can hardly breathe, I need to feel you here with me
Yeah

When you’re gone
The pieces of my heart are missing you
When you’re gone
The face I came to know is missing too
When you’re gone
The words I need to hear will always get me through the day
And make it OK
I miss you

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Next page »